Sunday, 26 June 2011


Pemulihan dalam komuniti

1.  Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.
 
2.  Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
 
3.  Program ini bukan sahaja “cost-effective” tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya.  Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan.  Selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan. 

sumber:


Jabatan Kebajikan Masyarakat


Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain.

sumber:
http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=115%3Aprogram-pemulihan-dalam-komuniti-pdk&catid=186%3Asoalan-lazim&Itemid=53&lang=ms

No comments:

Post a Comment